Jumat, 16 September 2016

WASIAT EMPAT MAM MADZHAB RAHIMAHULLAH

Setiap para imam mazhab rahimahullah tidak berpegang kepada sesuatu sumber yang lain dalam mazhab mereka melainkan al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka juga tidak mengeluarkan apa-apa pendapat melainkan merujuk kepada kepada dua sumber mulia tersebut. Hanya apabila timbul sesuatu persoalan yang tidak dibahas secara terperinci oleh kedua-dua sumber tersebut, mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan kaedah qiyas, ijma’ dan sebagainya. Semua kaedah ini dirumuskan berdasarkan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah juga.

Tapi terkadang dikalangan umatnya yang benar-benar fanatik membenarkan seluruhnya kapada imam madzahab yang mereka anut membuat sebuah perselisihan yang mengundang pertikaian dan menjadi sebuah perceraian. Sejatinya ada keempat imam tujunannya yakni sama-sama untuk menyelesaikan dan permasalahan zaman yang semakin jauh dengan keadaan umat islamm dizaman Rasulullah. Ini yang menjadi sebuah kekeliruan.

Selain itu ada hadist yang mendukung bahwa Rasulullah pernah bersabda bahwa "Ikhtilaf didalam umatku itu Rahmat" ternya ini hadist yang harus dihati-hatikan. Karena Imam As-Subki menemukan kejanggalan didalam hadist ini. Imam As-Subki beerkata : "Aku tidak menemukan sanad hadis ini baik yang sahahih, dhaif bahkan maudu". Selain itu makna hadist ini saling bertentangan dengan al-quran tentang larangan ikhtilaf didalam QS. al-anfal 46 dan QS. Hud 118. Juga semisal perbedaan itu dianggap rahmat, dengan keta lain persatuan dan kesamaan adalah laknat.

WASIAT IMAM SYAFI'I RAHIMAHULLAH

Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.

Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).

WASIAT ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).

Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada al-Imam Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau telah berkata “Apabila Hadis itu sahih, itulah mazhab aku.” Riwayat ini diceritakan daripada Ibn ‘Abd al-Barr daripada al-Imam Abu Hanifah dan juga daripada imam-imam lainnya.

WASIAT IMAM MALIKI BIN ANAS RAHIMAHULLAH

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.

Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

WASIAT IMAM AHMAD BIN HANBAL RAHIMAHULLAH

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Pendapat al-Awza‘e, Malik dan Abu Hanifah, semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku, yang mesti jadi rujukan hanyalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.



Demikian beberapa wasiat para imam mazhab kepada umat Islam keseluruhannya. Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, secara jujur dan penuh ketaqwaan sentiasa menekankan agar yang ditaati ialah sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Daripada keterangan-keterangan para imam mazhab ini, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka. 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar